Friday, April 22, 2011

Hadirmu dulu selembut sutera...

Maaf: sukarkah untuk dilafazkan?

'Maaf'....apa istimewanya perkataan yang  mempunyai empat huruf ini? adakah ianya terletak pada perkataannya atau maksudnya? ada manusia yang senang saja  mengungkapkan perkataan maaf seolah-olah ianya satu perkataan yang tidak memberi apa-apa makna selain daripada satu tiket untuk berbaik-baik semula dengan insan yang telah kita sakiti.Ada juga orang yang amat sukar sekali mengeluarkan perkataan ini daripada mulutnya sekalipun dia tahu bahawasanya perkataan itulah yang wajib disebut akibat daripada kesalahan yang dilakukannya. Namun begitu, ketahuilah bahawa dengan perkataan ini juga dapat melembutkan hati yang sedang amarah jika kita bijak mengungkapkannya.....

Apabila Cinta dan Kasih Terlerai....

        Kita sering merasa terseksa apabila berlaku perpisahan atau perceraian dalam hidup ini. Hati mula tertanya-tanya 'Mengapa ini semua terjadi ke atas diriku? 'Mengapa hidupku tak seindah hidup orang lain?' 'Mengapa Tuhan biarkan aku begini?'serta pelbagai lagi soalan yang bermain di kotak fikiran. Namun tahukah kita bahawa kesedihan dan rintihan yang tidak pernah surut dalam hati kita disebabkan kita merasakan pasangan kita adalah milik mutlak dan kita adalah milik mutlak pasangan.
      
        Apabila seseorang isteri kehilangan suami maka si isteri mula merasakan yang hidupnya sudah hilang arah dan terumbang ambing padahal jika difikirkan dengan sedalam-dalamnya, suami itu bukan milik kita. Dia milik Allah. Jadi, Allah bisa 'mengambil' dirinya pada bila-bila masa sahaja tak kira samada melalui kematian, perpisahan atau perceraian. Jiwa kita akan merasa menderita apabila kita rasa dimiliki dan memiliki sedangkan Allah lah yang memiliki segala-galanya. Dia tidak pernah meninggalkan kita dalam apa jua takdirnya.


        Setiap apa yang Allah timpakan kepada hambanya ada sebab musababnya dan hikmahnya.
Memang tidak dinafikan insan yang paling banyak melukakan hati dan paling banyak pengorbanan yang kita lakukan untuknya adalah insan yang paling kita cintai.Ramai isteri yang merana apabila terlerai ikatan kasih sayang antara dirinya dan suaminya dan menjurus kearah kehancuran.


        Namun ingatlah bahawa perpisahan dan keretakkan itu sebenarnya adalah takdir yang terbaik buat kita dari terus menerus hidup terseksa dan makan hati. Sesuatu perhubungan yang sudah hampir ke penghujungnya itu kadang-kadang boleh diibaratkan seperti kaca, adalah lebih baik kita biarkan sahaja ianya pecah dan terlerai daripada kita cuba untuk menyatukan kaca itu kembali sedangkan kita tahu ianya tidak akan dapat disatukan kembali seperti sediakala.
   
        Walau apapun yang terjadi, janganlah kita putus harapan, kita tetap ada Tuhan. Putusnya cinta, terlerainya kasih bukanlah bermakna berakhirnya hidup kita di dunia ini, tapi ianya merupakan satu episod baru kebahagian yang akan menanti kita di kemudian hari....yakinlah!